Khamis, 14 Julai 2016

Pantun: P A N T U N

Hidup di dunia cuma seketika,
Amal ibadat dihitung oleh-Nya,
Apa yang pasti telah ada,
Itulah hari yang bakal melanda


Akhirat adalah tempat berehat,
singgahsana yang sangat hebat,
Hidup biarlah bermanfaat,
Asalkan mendapat berkat.


Hidup adalah perjalananku,
Yang diberikan oleh Tuhanku,
Mati pun juga itulah aku,
Yang ditentukan oleh Tuhanku,


ALLAH adalah Tuhanku,
Al-Quran dan As-Sunnah adalah peganganku,
Islam adalah agamaku,
Muslim adalah identitiku.